Website counter

Monday, July 14, 2025

SEMINAR PENGUKUHAN HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS)

Halal Assurance System (HAS) atau juga dikenali sebagai Sistem Jaminan Halal (SJH) ialah sistem kawalan halal yang direka untuk memastikan integriti dan pematuhan produk dan perkhidmatan Halal di seluruh rantaian bekalan. Ia berfungsi sebagai Standard Operating Procedure (SOP) halal perniagaan yang mempamerkan komitmen pemegang sijil halal terhadap pematuhan Halal dan memenuhi keperluan pengguna Muslim. Sistem Pengurusan Jaminan Halal (Halal Assurance Management System) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan pelancaran Guidelines for Halal Assurance Management System of Malaysia Halal Certification yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sistem Pengurusan Halal Malaysia / Malaysian Halal Management System (MHMS 2020) mengandungi perincian yang meliputi 1. Sistem Kawalan Halal Dalaman atau Internal HAlal Control System (IHCS) bagi kegunaan industri kecil dan mikro; dan 2. Sistem Jaminan Halal atau Halal Assurance System (HAS) bagi kegunaan industri besar dan sederhana. Halal Assurance System adalah salah satu daripada Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS 2020) yang di wajibkan bagi industri besar dan sederhana seperti yang dinyatakan di dalam Manual Prosedur Permohonan Halal Malaysia (MPPHM 2020). Seminar Pengukuhan Halal Assurance System (HAS) diadakan supaya dapat membantu syarikat industri besar dan sederhana memahami terperinci keperluan untuk membangun dan mengekalkan jaminan halal melalui Manual HAS bagi mematuhi prosedur Pensijilan Halal Malaysia. OBJEKTIF: • Menjelaskan dengan terperinci keperluan untuk membangun dan mengekalkan jaminan halal melalui Manual HAS bagi mematuhi prosedur Pensijilan Halal Malaysia; • Membangunkan Manual HAS mengikut Manual Malaysian Halal Management System (MHMS) 2020; • Menyediakan SOP mengikut keperluan umum sistem jaminan halal (Halal Assurance System-HAS) dan melaksanakan kawalan jaminan halal secara berkesan; • Memastikan pembangunan manual HAS bertepatan dengan operasi sebenar syarikat. TENAGA PENGAJAR: Terdiri daripada pakar halal negeri Johor yang berdaftar dengan Halal Profesional Board (HPB) dan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. SIAPA YANG PERLU HADIR Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman, Eksekutif Halal, Pengusaha Industri Sederhana & Besar halal Malaysia dan individu yang berminat dengan pembangunan Manual Halal Assurance System (HAS) Jika syarikat berdaftar dengan HRD Corp, boleh memohon geran latihan HRD Corp dibawah skim SBL KHAS. Untuk pendaftaran sila isi borang di link: https://forms.gle/SvHU8Cax1GJLekr39 Tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan En Muhamad Radzi Musa (013-7474013) atau Pn Rafidah (012-7305429).

No comments:

Post a Comment