Website counter

Monday, March 18, 2019

KURSUS PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MANUAL HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) NEGERI JOHOR TAHUN 2019



Tuan/Puan,

KURSUS PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MANUAL HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) NEGERI JOHOR TAHUN 2019

Merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan mengadakan Kursus Pembangunan Dan Penilaian Manual Halal Assurance System (HAS) Negeri Johor Tahun 2019 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh            : 17 dan 18 April 2019
            Tempat           : Hotel M-Suites, Johor Bahru.
  16, Jalan Bertingkat Skudai, Straits View
                                      80200 Johor Bahru, Johor.

3.         Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci keperluan dalam membangunkan Manual Halal Assurance System (HAS), Membangunkan dokumen HAS mengikut jenis perniagaan, produk dan skim permohonan industri dan memberi latihan untuk kebolehkesanan produk di pasaran.

4.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil daripada pihak syarikat untuk menghadiri kursus tersebut. Tuntutan kos kursus boleh dituntut dengan HRDF. Untuk pendaftaran sila kembalikan BORANG B sebelum 12 April 2019.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan En. Muhamad Radzi Musa (013-7474013) atau Pn. Rafidah Sanusi (012-7305429).

Sekian, terima kasih.




Monday, January 14, 2019

SEMINAR PROFESIONALISME EKSEKUTIF HALAL, FEBRUARI 2019



SEMINAR PROFESIONALISME EKSEKUTIF HALAL DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) rev.3 pada klausa 12.6 (Tanggungjawab Pemegang Sijil Halal Malaysia) menyebut : ‘Setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal dikehendaki mempunyai pekerja yang terlatih, memahami Prosedur Persijilan Halal Malaysia dan dikehendaki mengikuti latihan pensijilan halal serta perlu diperbaharui setiap dua tahun kecuali bagi rumah sembelihan iaitu satu tahun’.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput wakil peserta daripada pihak syarikat yang menguruskan halal syarikat untuk ke Seminar Profesionalisme Eksekutif Halal Dalam Persijilan Halal Malaysia sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh            : 19, 20 & 21 FEBRUARI 2019
            Tempat           : Hotel Jen Puteri Harbour, Johor
  Persiaran Puteri Selatan,
                                      79100 Nusajaya, Johor.

Tuntutan kos kursus boleh dituntut dengan HRDF.

Untuk pendaftaran sila dapatkan BORANG B daripada urusetia kursus dan kembalikan melalui email ke firstwingsb@gmail.com atau fax ke 07-251 3280 SEBELUM 15 FEBRUARI 2019. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan En Muhamad Radzi Musa (013-7474013) atau Pn Rafidah (012-7305429).

Sijil diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Johor.