Website counter

Tuesday, September 6, 2011

SIAPA YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI PENGENDALI MAKANAN?


Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan kepada semua pengendali makanan untuk menjalani Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf sahaja.

Pengendali Makanan yang dimaksudkan adalah merangkumi:-
-pengusaha premis makanan
-pekerja pengeluaran
-tukang masak
-pembantu dapur
-pemandu kenderaan membawa makanan
-pekerja gudang makanan
-pekerja pasaraya
-mana-mana sektor yang menyediakan perkhidmatan
  • penyediaan makanan
  • penyimpanan makanan
  • penjualan makanan seperti hotel/resort
  • kilang pengeluaran makanan
  • dapur dan kantin sekolah
  • pasaraya-pasaraya
  • pembekal makanan kerajaan
  • katerer
  • kedai runcit
dan lain-lain berkaitan pengendali makanan.

Peraturan 30 dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan, mana-mana pengendali makanan yang didapati gagal untuk menjalani Latihan Pengendali Makanan dan mendapatkan sijil penyertaan dari institusi yang diiktiraf, boleh jika disabitkan kesalahan dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 10,000 atau 2 tahun penjara.

Harap semua pengendali makanan maklum akan maklumat ini :)

No comments:

Post a Comment