Wednesday, December 21, 2011
PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN
PERHATIAN : Semua usahawan yang buat makanan untuk jualan kepada orang ramai WAJIB DAFTAR premis makanan anda. Tidak kira anda membuat makanan di rumah, gerai, warung, restoran, kilang dan sebagainya.
Pendaftaran boleh dibuat secara online sahaja.
Masuk ke website : http://fosimdomestic.moh.gov.my
http://fosimdomestic.moh.gov.my/premise/premise_register.php?lang=bm
Jangan lupa simpan slip pendaftaran sebagai bukti anda telah mendaftar.
Selamat menghasil produk makanan yang halal, berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh orang ramai :)
Tuesday, November 8, 2011
CARA-CARA MENJAMIN MAKANAN ANDA SELAMAT
1. Jaga kebersihan
2. Asingkan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak
3. Masak dengan sempurna
4. Simpan makanan pada suhu yang selamat
5. Gunakan air dan bahan mentah yang bersih dan selamat
Sila lihat gambar untuk maklumat lanjut :)
Friday, October 7, 2011
Bingkisan Bengkel Halal di Pagoh Muar
Tuesday, September 20, 2011
BENGKEL PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL UNTUK IKS
Tarikh : 27 September 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
(Termasuk makan, nota dan sijil)
Tempat : Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh
Lot PTD 10217 Pagoh, 84600 Muar, Johor.
(exit tol Pagoh, belok kanan 3/4 km, Kompleks di sebelah kiri).
Tuesday, September 6, 2011
SIAPA YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI PENGENDALI MAKANAN?
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan kepada semua pengendali makanan untuk menjalani Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf sahaja.
Pengendali Makanan yang dimaksudkan adalah merangkumi:-
-pengusaha premis makanan
-pekerja pengeluaran
-tukang masak
-pembantu dapur
-pemandu kenderaan membawa makanan
-pekerja gudang makanan
-pekerja pasaraya
-mana-mana sektor yang menyediakan perkhidmatan
- penyediaan makanan
- penyimpanan makanan
- penjualan makanan seperti hotel/resort
- kilang pengeluaran makanan
- dapur dan kantin sekolah
- pasaraya-pasaraya
- pembekal makanan kerajaan
- katerer
- kedai runcit
dan lain-lain berkaitan pengendali makanan.
Peraturan 30 dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan, mana-mana pengendali makanan yang didapati gagal untuk menjalani Latihan Pengendali Makanan dan mendapatkan sijil penyertaan dari institusi yang diiktiraf, boleh jika disabitkan kesalahan dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 10,000 atau 2 tahun penjara.
Harap semua pengendali makanan maklum akan maklumat ini :)
Thursday, August 18, 2011
Sunday, April 10, 2011
FOOD HANDLERS TRAINING (SLPM)
Friday, January 14, 2011
GMP Standard:Factory Renovation- Makjah
Subscribe to:
Posts (Atom)