Monday, July 14, 2025
SEMINAR PENGUKUHAN HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS)
Halal Assurance System (HAS) atau juga dikenali sebagai Sistem Jaminan Halal
(SJH) ialah sistem kawalan halal yang direka untuk memastikan integriti dan
pematuhan produk dan perkhidmatan Halal di seluruh rantaian bekalan. Ia
berfungsi sebagai Standard Operating Procedure (SOP) halal perniagaan yang
mempamerkan komitmen pemegang sijil halal terhadap pematuhan Halal dan memenuhi
keperluan pengguna Muslim. Sistem Pengurusan Jaminan Halal (Halal Assurance
Management System) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan pelancaran
Guidelines for Halal Assurance Management System of Malaysia Halal Certification
yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sistem Pengurusan
Halal Malaysia / Malaysian Halal Management System (MHMS 2020) mengandungi
perincian yang meliputi 1. Sistem Kawalan Halal Dalaman atau Internal HAlal
Control System (IHCS) bagi kegunaan industri kecil dan mikro; dan 2. Sistem
Jaminan Halal atau Halal Assurance System (HAS) bagi kegunaan industri besar dan
sederhana. Halal Assurance System adalah salah satu daripada Sistem Pengurusan
Halal Malaysia (MHMS 2020) yang di wajibkan bagi industri besar dan sederhana
seperti yang dinyatakan di dalam Manual Prosedur Permohonan Halal Malaysia
(MPPHM 2020). Seminar Pengukuhan Halal Assurance System (HAS) diadakan supaya
dapat membantu syarikat industri besar dan sederhana memahami terperinci
keperluan untuk membangun dan mengekalkan jaminan halal melalui Manual HAS bagi
mematuhi prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
OBJEKTIF:
• Menjelaskan dengan terperinci keperluan untuk membangun dan mengekalkan
jaminan halal melalui Manual HAS bagi mematuhi prosedur Pensijilan Halal
Malaysia; • Membangunkan Manual HAS mengikut Manual Malaysian Halal Management
System (MHMS) 2020; • Menyediakan SOP mengikut keperluan umum sistem jaminan
halal (Halal Assurance System-HAS) dan melaksanakan kawalan jaminan halal secara
berkesan; • Memastikan pembangunan manual HAS bertepatan dengan operasi sebenar
syarikat.
TENAGA PENGAJAR:
Terdiri daripada pakar halal negeri Johor yang berdaftar dengan Halal
Profesional Board (HPB) dan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam
Negeri Johor.
SIAPA YANG PERLU HADIR
Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman, Eksekutif Halal, Pengusaha Industri Sederhana &
Besar halal Malaysia dan individu yang berminat dengan pembangunan Manual Halal
Assurance System (HAS)
Jika syarikat berdaftar dengan HRD Corp, boleh memohon geran latihan HRD Corp dibawah skim SBL KHAS. Untuk pendaftaran sila isi borang di link: https://forms.gle/SvHU8Cax1GJLekr39 Tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan En Muhamad Radzi Musa (013-7474013) atau Pn Rafidah (012-7305429).
Thursday, September 21, 2023
SEMINAR KOMPETENSI EKSEKUTIF HALAL & JKHD SPHM
SEMINAR KOMPETENSI EKSEKUTIF HALAL & JKHD SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA
Tarikh : 19 hingga 21 Disember 2023 (Selasa hingga Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.15 petang
Tempat : KSL Hotel, Johor Bahru, Johor.
Anjuran: Firstwing Business Corporation Sdn Bhd
Diiktiraf oleh: Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)
Sila hubungi: Office: 07-2513506 En Radzi (013-7474013) Rafidah (012-7305429)
Daftar -https://forms.gle/hSVymztnA1p7eExr6
SCAN QR CODE INI
Sunday, September 26, 2021
SEMINAR PROFESIONALISME EKSEKUTIF HALAL PENSIJILAN HALAL MALAYSIA 2021 SECARA ONLINE
Kami menjemput wakil peserta daripada mana-mana syarikat yang menguruskan halal untuk ke Seminar Profesionalisme Eksekutif Halal Pensijilan Halal Malaysia 2021 (Secara Online) anjuran Firstwing Business Corporation Sdn Bhd yang diiktiraf oleh Bahagian Pengurusan Halal, JAINJ pada:
TARIKH: 25, 26 & 27 OKTOBER 2021
MEDIUM: ZOOM MEETING
Pendaftaran Seminar boleh klik link ini - https://forms.gle/ aTWxQMkveKKAjMdR9
sebelum 21/10/2021
Tempat adalah terhad
Kos seminar boleh dituntut dengan memohon geran HRD Corp skim SBL KHAS. No. siri program 10001103443
Rujuk lampiran untuk maklumat lanjut berkenaan seminar.
Boleh join telegram di sini
Wednesday, January 15, 2020
KURSUS PENGENDALI MAKANAN DI JOHOR BAHRU
Kursus Latihan Pengendali Makanan
Certificate of Food Handlers Training, Food Hygiene Regulations 2009.
Firstwing Business Corporation Sdn Bhd ialah sebuah sekolah latihan pengendali makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Kursus diadakan seperti berikut:-
TARIKH : setiap hari RABU, KHAMIS & JUMAAT
MASA : 9.30 pagi - 12.30 thg hari
TEMPAT: FIRSTWING BUSINESS CORPORATION SDN BHD
No. 59, Jalan Ara 2, Taman Rinting, Masai, Johor.
-BilikLatihan
Bayaran Yuran : RM50 seorang
Sijil adalah SAH untuk seumur hidup
Untuk Tempahan Tempat – Sila beri NAMA PENUH, NO IC dan Tarikh Kursus
Office : 07-2513506
Fidah : 012-7305429
Radzi : 013-7474013
Certificate of Food Handlers Training, Food Hygiene Regulations 2009.
Firstwing Business Corporation Sdn Bhd ialah sebuah sekolah latihan pengendali makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Kursus diadakan seperti berikut:-
TARIKH : setiap hari RABU, KHAMIS & JUMAAT
MASA : 9.30 pagi - 12.30 thg hari
TEMPAT: FIRSTWING BUSINESS CORPORATION SDN BHD
No. 59, Jalan Ara 2, Taman Rinting, Masai, Johor.
-BilikLatihan
Bayaran Yuran : RM50 seorang
Sijil adalah SAH untuk seumur hidup
Untuk Tempahan Tempat – Sila beri NAMA PENUH, NO IC dan Tarikh Kursus
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor berikut:
(whatsapp/call)
Office : 07-2513506
Fidah : 012-7305429
Radzi : 013-7474013
Kami juga boleh membuat kursus di tempat anda jika mempunyai kemudahan yang lengkap dan minimum peserta 10 orang.
Monday, March 18, 2019
KURSUS PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MANUAL HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) NEGERI JOHOR TAHUN 2019
KURSUS PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MANUAL HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) NEGERI JOHOR TAHUN 2019
Merujuk kepada
perkara di atas.
2. Adalah
dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor
akan mengadakan Kursus Pembangunan Dan Penilaian Manual Halal Assurance System (HAS) Negeri Johor Tahun 2019 sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh
: 17 dan 18 April
2019
Tempat : Hotel M-Suites, Johor Bahru.
16, Jalan Bertingkat Skudai, Straits View
80200 Johor Bahru, Johor.
3. Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan
secara terperinci keperluan dalam membangunkan Manual Halal Assurance System (HAS), Membangunkan dokumen HAS mengikut
jenis perniagaan, produk dan skim permohonan industri dan memberi latihan untuk
kebolehkesanan produk di pasaran.
4. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki
menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil daripada pihak syarikat untuk
menghadiri kursus tersebut. Tuntutan kos kursus boleh dituntut dengan HRDF. Untuk pendaftaran sila kembalikan BORANG B sebelum 12 April 2019.
Sebarang pertanyaan lanjut
boleh berhubung dengan En. Muhamad Radzi Musa (013-7474013) atau Pn. Rafidah
Sanusi (012-7305429).
Sekian, terima
kasih.
Monday, January 14, 2019
SEMINAR PROFESIONALISME EKSEKUTIF HALAL, FEBRUARI 2019
SEMINAR PROFESIONALISME
EKSEKUTIF HALAL DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA
Manual Prosedur Pensijilan Halal
Malaysia (MPPHM) rev.3 pada klausa 12.6 (Tanggungjawab Pemegang Sijil Halal
Malaysia) menyebut : ‘Setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal
dikehendaki mempunyai pekerja yang terlatih, memahami Prosedur Persijilan Halal
Malaysia dan dikehendaki mengikuti latihan pensijilan halal serta perlu
diperbaharui setiap dua tahun kecuali bagi rumah sembelihan iaitu satu tahun’.
Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput wakil
peserta daripada pihak syarikat yang menguruskan halal syarikat untuk ke Seminar Profesionalisme Eksekutif Halal
Dalam Persijilan Halal Malaysia sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh
: 19, 20 & 21 FEBRUARI
2019
Tempat : Hotel Jen Puteri Harbour, Johor
Persiaran Puteri Selatan,
79100 Nusajaya, Johor.
Tuntutan kos kursus boleh dituntut
dengan HRDF.
Untuk pendaftaran sila
dapatkan BORANG B daripada urusetia kursus dan kembalikan melalui email ke
firstwingsb@gmail.com atau fax ke 07-251 3280 SEBELUM 15 FEBRUARI 2019.
Sebarang
pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan En Muhamad Radzi Musa (013-7474013)
atau Pn Rafidah (012-7305429).
Sijil diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Johor.
Thursday, March 10, 2016
KHIDMAT PENDAFTARAN PERMOHONAN HALAL SECARA ONLINE
Inginkan SIJIL HALAL tetapi tak tahu bagaimana cara mengisi online halal..
—-kami boleh MEMBANTU anda membuat permohonan halal secara ONLINE
—kami boleh mengisi maklumat anda terus ke dalam system halal online
—Caj perkhidmatan yang BERPATUTAN
HUBUNGI SEGERA :
Tel/Email/SMS/WhatsApp ke
FIDAH - 012-7305429
rafidahsanusi@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)