Kenduri-Kendara, Jangan Sampai Perut Merana
PENGENALANPernahkah anda mendengar keluhan sebegini? “Ish! Seriklah aku makan kenduri kat rumah dia tu. Merana perut aku kena cirit-birit dan muntah-muntah!”
Cirit-birit dan muntah-muntah adalah antara tanda-tanda keracunan makanan. (FAQ / Artikel Keracunan Makanan)
Sama ada anda sebagai penganjur majlis atau sebagai tetamu, anda tentu tidak ingin kejadian keracunan makanan berlaku dalam mana-mana majlis kenduri.
Justeru, artikel ini menyediakan panduan mudah untuk mencegah kejadian keracunan makanan dalam majlis kenduri-kendara untuk penganjur majlis dan tetamu.
PANDUAN UNTUK PENGANJUR MAJLIS
Jika menggunakan khidmat syarikat KATERER :
a) Pastikan premis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Di bawah Jadual Pertama (Peraturan 3), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua premis katerer mesti berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
(Nota : Anda digalakkan menyenaraikan beberapa calon syarikat katerer terlebih dahulu dan pastikan ini adalah kriteria pertama yang anda nilai dalam memilih calon syarikat katerer).
b) Dapatkan status tahap kebersihan premis.
Setelah mengenal pasti bahawa premis calon syarikat katerer tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, semak status tahap kebersihan premis tersebut dengan Pejabat Kesihatan di mana premis tersebut berada.
Pilih premis yang mempunyai markah penilaian tahap kebersihan paling tinggi.
c) Pantau pengendalian makanan semasa majlis berlangsung.
Pastikan makanan diangkut dengan kenderaan yang bersih.
Pastikan stok makanan tidak diletak di atas lantai.
Pastikan makanan sentiasa dihidang dalam keadaan panas.
Pastikan makanan dihidang dalam bekas yang bersih dan bertutup.
Pastikan pengendali makanan memakai pakaian yang bersih serta memakai pakaian pelindung seperti ;
- apron,
- penutup kepala, dan
- kasut.
- kain lap warna kuning untuk lap meja,
- kain lap warna putih untuk lap pinggan.
Pastikan peralatan yang digunakan untuk mengendalikan makanan adalah bersih.
Pastikan pengendali makanan tidak mengamalkan tabiat buruk seperti ;
- merokok,
- meludah merata-rata, dan sebagainya.
Pastikan perkakas seperti pinggan mangkuk dibasuh dengan bersihsebelum digunakan semula.
Pastikan kemudahan pembuangan sisa makanan disediakan oleh syarikat katerer.
Jika makanan disediakan SENDIRI :
a) Pemilihan bahan mentah
Pilih bahan mentah yang segar dan berkualiti.
Jika menggunakan ramuan dalam tin, pastikan tin masih berkeadaan elok;
- tidak kemek,
- tidak kembung,
- tidak berkarat.
b) Penyediaan bahan mentah
Disediakan di tempat yang bersih.
Gunakan peralatan / perkakas yang ;
- bersih,
- tidak berkarat,
- mudah dicuci.
Bahan dibasuh menggunakan bekalan air yang bersih dan selamat.
Sisa bahan mentah dibuang dalam bekas yang bertutup.
c) Memasak
Gunakan peralatan / perkakas yang ;
- bersih,
- tidak berkarat, dan
- mudah dicuci.
Elakkan memasak makanan terlalu awal. (Nota : Bilangan kuman dalam makanan akan meningkat seiring dengan pertambahan masa selepas ia dimasak).
Pastikan makanan dimasak secukupnya.
d) Menghidang makanan
Pastikan makanan dihidang dalam bekas yang ;
- bersih, dan
- bertutup.
Sediakan perkakas seperti senduk dan penyepit yang bersih dan mencukupi.
Sediakan kemudahan pembuangan sisa makanan yang mencukupi.
PANDUAN UNTUK TETAMU
1. Amalkan konsep lihat, hidu dan rasa.
a) LIHAT
Adakah terdapat tanda-tanda makanan telah rosak seperti ;
- berbuih, dan
- berlendir ?
b) BAU
Adakah makanan berbau ;
- pelik, atau
- tidak menyenangkan ?
Adakah makanan tersebut terasa seperti ;
- basi,
- pelik, atau
- tidak menyenangkan ?
2. Basuh tangan sebelum makan.
3. Jangan sentuh makanan yang dihidangkan dengan tangan.
4. Gunakan senduk / penyepit makanan yang disediakan.
SUMBER http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/item/650