Kenduri-Kendara, Jangan Sampai Perut Merana
PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? “Ish! Seriklah aku makan
kenduri kat rumah dia tu. Merana perut aku kena cirit-birit dan
muntah-muntah!”
Cirit-birit dan muntah-muntah adalah antara tanda-tanda keracunan makanan. (
FAQ / Artikel Keracunan Makanan)
Sama ada anda sebagai penganjur majlis atau sebagai tetamu, anda
tentu tidak ingin kejadian keracunan makanan berlaku dalam mana-mana
majlis kenduri.
Justeru, artikel ini menyediakan panduan mudah untuk mencegah
kejadian keracunan makanan dalam majlis kenduri-kendara untuk penganjur
majlis dan tetamu.
PANDUAN UNTUK PENGANJUR MAJLIS
Jika menggunakan khidmat syarikat KATERER :
a) Pastikan premis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
Di bawah Jadual Pertama (Peraturan 3), Peraturan-Peraturan Kebersihan
Makanan 2009, semua premis katerer mesti berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan.
(Nota : Anda digalakkan menyenaraikan beberapa calon
syarikat katerer terlebih dahulu dan pastikan ini adalah kriteria
pertama yang anda nilai dalam memilih calon syarikat katerer).
b) Dapatkan status tahap kebersihan premis.
Setelah mengenal pasti bahawa premis calon syarikat katerer tersebut
berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, semak status tahap kebersihan
premis tersebut dengan Pejabat Kesihatan di mana premis tersebut berada.
Pilih premis yang mempunyai markah penilaian tahap kebersihan paling tinggi.
c) Pantau pengendalian makanan semasa majlis berlangsung.
Pastikan makanan diangkut dengan kenderaan yang bersih.
Pastikan stok makanan tidak diletak di atas lantai.
Pastikan makanan sentiasa dihidang dalam keadaan panas.
Pastikan makanan dihidang dalam bekas yang bersih dan bertutup.
Pastikan pengendali makanan memakai pakaian yang bersih serta memakai pakaian pelindung seperti ;
- apron,
- penutup kepala, dan
- kasut.
Pastikan pengendali makanan menggunakan kain lap khusus untuk kegunaan yang berbeza. Contoh :
- kain lap warna kuning untuk lap meja,
- kain lap warna putih untuk lap pinggan.
Pastikan pengendali makanan sentiasa membasuh tangan selepas mengendalikan sampah atau benda yang kotor.
Pastikan peralatan yang digunakan untuk mengendalikan makanan adalah bersih.
Pastikan pengendali makanan tidak mengamalkan tabiat buruk seperti ;
- merokok,
- meludah merata-rata, dan sebagainya.
Pastikan pengendali makanan tidak menyentuh makanan dengan tangansecara langsung.
Pastikan perkakas seperti pinggan mangkuk dibasuh dengan bersihsebelum digunakan semula.
Pastikan kemudahan pembuangan sisa makanan disediakan oleh syarikat katerer.
Jika makanan disediakan SENDIRI :
a) Pemilihan bahan mentah
Pilih bahan mentah yang segar dan berkualiti.
Jika menggunakan ramuan dalam tin, pastikan tin masih berkeadaan elok;
- tidak kemek,
- tidak kembung,
- tidak berkarat.
Pilih ramuan yang belum luput tarikh, jika berkenaan.
b) Penyediaan bahan mentah
Disediakan di tempat yang bersih.
Gunakan peralatan / perkakas yang ;
- bersih,
- tidak berkarat,
- mudah dicuci.
Tempat penyediaan bahan mentah hendaklah berasingan dari tempat memasak/ penyediaan makanan yang tidak dimasak.
Bahan dibasuh menggunakan bekalan air yang bersih dan selamat.
Sisa bahan mentah dibuang dalam bekas yang bertutup.
c) Memasak
Gunakan peralatan / perkakas yang ;
- bersih,
- tidak berkarat, dan
- mudah dicuci.
Gunakan peralatan / perkakas yang berasingan daripada peralatan / perkakas yang digunakan untuk mengendalikan bahan mentah.
Elakkan
memasak makanan terlalu awal. (Nota : Bilangan kuman dalam makanan akan
meningkat seiring dengan pertambahan masa selepas ia dimasak).
Pastikan makanan dimasak secukupnya.
d) Menghidang makanan
Pastikan makanan dihidang dalam bekas yang ;
Pastikan makanan sentiasa dipanaskan.
Sediakan perkakas seperti senduk dan penyepit yang bersih dan mencukupi.
Sediakan kemudahan pembuangan sisa makanan yang mencukupi.
PANDUAN UNTUK TETAMU
1. Amalkan konsep lihat, hidu dan rasa.
a)
LIHAT
Adakah terdapat tanda-tanda makanan telah rosak seperti ;
Adakah terdapat kesan hurungan serangga seperti telur lalat dan sebagainya ?
b)
BAU
Adakah makanan berbau ;
- pelik, atau
- tidak menyenangkan ?
c)
RASA
Adakah makanan tersebut terasa seperti ;
- basi,
- pelik, atau
- tidak menyenangkan ?
JIKA YA, jangan makan makanan itu dan maklumkan kepada tuan rumah atau penganjur majlis.
2. Basuh tangan sebelum makan.
3. Jangan sentuh makanan yang dihidangkan dengan tangan.
4. Gunakan senduk / penyepit makanan yang disediakan.
SUMBER

http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/item/650