
Ikuti tip-tip dibawah ye :)
Makan hanya di premis yang bersih. Jika anda makan di luar, pilihlah tempat :
• Terletak jauh dari jalan raya, bebas dari binatang yang berkeliaran, lalat,
habuk, lipas dan tikus
• Lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih dan selamat,
elektrik, saliran longkang, tong sampah yang bertutup, tandas, sisa dibuang
dalam beg plastik
• Peralatan bersih dan sempurna serta meja bersih
• Makanan yang telah siap dimasak mesti ditutup
• Memepunyai tempat sempurna untuk menyimpan makanan mentah (belum dimasak)
• Mempunyai aliran udara yang baik
Pilihlah pengendali makanan yang :
• Tidak merokok, makan sirih, makan atau minum semasa mengendali makanan
• Berkuku dan berambut pendek
• Mambasuh tangan selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan serta
selepas mengendalikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan
sebagainya
• Tidak bersin, batuk atau meludah ke arah makanan
• Menggunakan penyepit, sudu, garpu semasa mengambil makanan
• Menudung makanan yang telah siap dimasak
• Tidak menindih makanan semasa menghidang
• Mempunyai kawasan premis yang bersih
• Menggunakan tuala khusus untuk mengelap tangan, meja dan pinggan mangkuk
Pilihlah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Buatlah pilihan makanan dengan bijak mengikut garis panduan berikut :
• Pelbagikan pilihan makanan berpandukan piramid makanan
• Banyak memakan makanan yang kaya dan diperbuat dari bijirin dan ubi
• Tambahkan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
• Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
• Pilih makanan yang mengandungi kurang gula dan garam
• Pilih minuman yang kurang atau tidak bergula
• Makan untuk keperluan bagi mencapai berat badan yang sesuai
• Nikmatilah makanan anda
Jaminan makanan yang selamat hanya diperolehi dari premis makanan yang bersih dan nikmatilah makanan untuk kesihatan.
Selamat memilih makanan terutama di bulan Puasa ni :)