

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?Punca keracunan makanan:
• Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
• Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
• Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
• Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut
bercengkerang seperti kekerang.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
• Keracunan tersebut
• Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
• Umur seseorang
• Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
• Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
• Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
• Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
• Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
• Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
• Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna.
• Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
• Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
• Sentiasa menjaga kebersihan
• Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
• Basuh tangan selepas keluar dari tandas
• Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan
peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
• Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan
haiwan-haiwan yang lain
• Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
• Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
• Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk
penyediaan makanan yang belum dimasak
• Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza
untuk mengelakkan dari pencemaran silang
• Sentiasa masak dengan sempurna
• Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
• Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
• Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
• Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
• Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti
sejuk
• Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
• Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang
dibotolkan/berbungkus.
• Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
• Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah
(ulam, salad)
• Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
• Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
• Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
• Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
• Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
• Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat